Monday, 16 May 2011

Syair Buat Guru Ku



Lagu Tema Hari Guru 2010-guru Pembina Negara Bangsa

GURU CAHAYA,PENDIDIK BANGSA….

Guru pemangkin sumbu anak bangsa
Engkau umpama unggun api
Yang membakar semangat jati diri ku,

Guru,
Dirimu cekal, tabah,mengajar anak didikmu
Walau menyakitkan hati,
Walau menghidapi darah tinggi,
Kau tetap ikhlas mencurahkan ilmu
Memberi ilmu globalisasi


Guru, pendidik
Pemangkin sumbu anak muda
Membakar dirimu demi
Mengajar anak didik
pemimpin masa depan
mengajar diriku erti kehidupan
ketabahan mu ku jadikan teladan
untuk menerangi masa diriku dihadapan

Guruku,
Terima kasih diatas
Segala penat lelah mu
Mengajarku ilmu pengetahuan
Mengajarku erti kehidupan duniawi…

Pintu syurga mu dibuka luas,
Oleh Illahi pemberi nikmat
Segala kesalahan ku ingin ku insafi
Segala gelak tawa kita tersemat di hati

Kau cahaya masa depan ku
Kau cahaya ilmu ku
Kaulah cahaya menerangi hidupku

Dunia akhirat.kau tidak ku lupakan
Walau diriku Berjaya
Atau sebaliknya…
kau tetap dihati

maafkan ku wahai guruku,
terimalah aku sebagai anak didikmu
ikhlas aku menimba ilmu daripadamu
terima kasih guruku…

16  Mei  2011
Selamat Hari Guru
Aq bersama dengan cikgu-cikgu kesayanganku
 (Me & Cikgu Yusuf)
(Me & Cikgu Siti Fairuz) 
Nie cikgu yang aq paling sayang sebab cikgu nie baik 
sangat-sangat dengan aq & Muhamad Rahman bin Kahar
(my best frendz)
(Me & Cikgu Haizul Anuar)
Yang nie pulak cikgu Sejarah aku.
Walaupun Cikgu ajar aq kurang faham tapi 
die baik dengan budak-budak kelas aq.

No comments:

Post a Comment